THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, June 9, 2011

Cinta Datang Dan Pergi~~~

Assalamualaikum....

Apa khabar pembaca sekalian??diharapkan kalian sihat walafiat sambil membaca kisah ku yg......malu la nk cakap..heeee

Petikan dalam satu filem yg aku tgk dlu.."Yg lain bagaikan awan yg berlalu,kaulah yg kekal abadi".Mula2 aku gelak keras perut dengar ayat cm tu. Tapi tu lah kenyataannya yg boleh berlaku...bg aku,dengan gf yg pertama lah yg punyai kenangan suka,kenangan indah,dan kenangan manis yg kuat berbanding yg lain...

Igt lg masa aku pegi stadi sejarah utk SPM ngan sorang kwn sy..Dalam duk stadi2,tiba2 boring la plak...masa yg terbuang digunakan utk kacau aweks...time tu dah ada dah nset..hehe(padahal pinjam nset mak). Kawan pn bg la satu no ni kt sy, dia cakap try la kacau...Then sy pn miskol.x sampai baper minit owner no tu pn miskol balik...hehe..ada respon baik nih..

sambung balik....ada permintaan sgt mencurah curah ke ladang gandum dari seseorang tu la..sape lagi...hoho

dah ada respon, apa lg..layan la..msg punya msg...x kol,sbb dua2 malu...last2 satu mlm tu declare kapel..then plan nk wat first date...venue kt cp kt aloq staq..kt cp,tunggu punya tunggu akhirnya sampai gk insan yg ditunggu...tgk comey gk awek ni...hehe..mula2 cakap gitu2 ja sbb malu...then bertambah mesra...

dari saat tu,bermulalah percintaan dua insan sedang bercinta monyet uk uk uk...lawak je....hehe...bercinta,koling2,msg2...kekadang wat tiga g...tp yg best bla jumpa la...byk tempat diorang pegi...melaka,shah alam..mcm2 tempat lg la...mmg indah memori time tu..

bla dah bercinta ni ada la asam garam nya...tambah cukup rasa bg sedap cket...kekadang tu manis,ok la kan...kekadang tu gadoh plak...masing2 x nak mengalah...biasala kan org bercinta mana x bergadoh...dalam duk gaduh baik gaduh baik tu,kapel nk dekat 5 tahun gk la..lama tu..

sampai la satu masa keadaan x dapat dikawal lg,mmg dua2 org tgh menggelegak time tu...dan keputusan dicapai utk putus a.k.a clash of the titan...ni clash betol punya..bukan tipu2 punya wa kasi tau sama lu...hmmmm...sob2...huhuu..sedih la pulok..x po,akan bersambung akan datang...assalam...

Asalam..sambung kembali...
setelah clash ngan si dia, ada waktu berkabung dimana dua2 insan alami tekanan,biasa la baru pas clash...byk memori dan duka bermain di fikiran...x tau nk buang yg mana,memori indah atau memori duka...tetapi lebih kurang 2 atau 3 minggu selepas clash,seseorang tlah muncul dalam hidup yg mungkin pada masa tu kucar kacir bagi ku...melalui fesbuk,dia menyapa aku bertanyakan khabar.aku membalasnya..

Dia(bukan nama sebenar) semakin hari selalu menghubungi aku melalui fb...dia tau nama aku,adik aku ada brapa org, nama ayah aku,kerja ayah aku time tu, malah tau tempat tinggal aku..feymes gk aku ni,ada org tau abis pasal aku...aku pun pelik,aku tya dia dari mana dia tau sumer tu..dia bg tau dari seseorang dan dia x bg tau sapa...kalau aku tau sapa yg bg tau,siap la...hehehehee....

lama kelamaan berkontak di fb dan ym,satu hari dia bg aku no tepon dia...aku jd teruja dan terkejut jd aku catit no tepon dia...start dari tu,kekadang je kontak melalui fb.kami selalu kontak melalui nset..msg,koling2 dan kekadang wat tiga G....

Sunday, March 6, 2011

aku berkenan yang nih....


lappy dulu da rosak dan da jual......so nak beli lappy baru lah....memilih Asus sbb kualiti tinggi dan murah la bagi aku....bawah rm2k....core i3 plak ngan grafik ATI 6 series....terbaiklah!!


ni dia....

Asus A42JY-VX072

SPECIFICATIONS

- Intel® Core™ i3-380M Processor (3M Cache, 2.53 GHz)
- NO Operating System
- 14' 16:9 HD (1366x768) LED backlit
- 2GB DDR3 1066 MHz SDRAM, 2 x SODIMM socket for expansion up to 4GB SDRAM
- 500GB 5400rpm Hard Disk Drive
- AMD ATI Mobility™ Radeon® HD 6470, 1G DDR3 VRAM
- DVD Super Multi Double Layer
- 6 Cell 4400mAH /NV Optimus Technology
- SD ,MMC card reader
- 0.3 Mega Pixel web camera
- Built-in Bluetooth™ V2.1+EDR
- 10/100/1000 Base T
- WiFi
- 1 x Headphone-out jack
1 x VGA port/Mini D-sub 15-pin for external monitor
3 x USB 2.0 ports
1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert
1 x HDMI
- 34.9 x 23.8 x 3.00~3.65 cm (W x D x H)
- 2.20 kg (with 6 cell battery)
- 2-year limited global hardware warranty


Thursday, March 3, 2011

Kebangkitan rakyat.....








Assalamualaikum....

Terlebih dahulu mari kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana negara kita masih aman dan makmur...Negara kita bebas dari pemberontakan yg boleh mengancam negara, mengugat kewangan, memporak perandakan rakyat. Akan tetapi kebangkitan rakyat di beberapa negara seperti Tunisia, Mesir, Yemen, Libya banyak memberi impak dalam menjatuhkan pemimpin yang gila kuasa, kuku besi dan menjaga kepentingan sendiri tanpa memikirkan soal rakyat yang selama ini menyokong mereka. Nampaknya rakyat dinegara yg terlibat dah bosan dengan tampuk pemerintahan yang terlalu lama diterajui pemimpin tersebut ditambah pula dengan corak kepimpinan yg buruk dan keji. Sekiranya rakyat suka dengan pemerintahan seseorang pemimpin, tidak kisah lah satu dekad ke atau satu abad sekalipun, rakyat mmg masih boleh menerima..Rakyat juga melihat dan menilai semua tindakan yang dilakukan oleh pemimpin sama ada ia baik atau buruk. Mari kita lihat negara Mesir, rakyat negara tersebut menerima semangat kebangkitan dari kebangkitan rakyat Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintahan pemimpin negara mereka, Zine al-Abidine Ben Ali.Jadi rakyat negara Mesir merasakan sudah sampai masa mereka menggulingkan pemimpin mereka yang bersifat kuku besi dan keji. Keji disini saya mengambil dari peristiwa Mesir menutup sempadan laluan darat Mesir-Gaza bagi menghalang misi kemanusiaan sampai ke Gaza dan tindakan ini dianggap bersekongkol dengan israel laknatullah. Dan akhirnya pemimpin Mesir, Hosni Mubarak berjaya digulingkan apabila dia meletak jawatan akibat desakan bertubi tubi rakyat mesir. Bayangkan rakyat Mesir berhimpun di suatu tempat di mesir, boleh memuatkan 3 JUTA orang walaupun tempat tersebut tidak dapat menampung orang sejumlah itu. Bertapa rakyat Mesir mahu Hosni dijatuhkan. Krisis terbaru di Libya pula dengan kekejaman Muammar Gaddafi dan konco2 jahat beliau membunuh rakyatnya sendiri!! untuk kononnya mempertahankan Libya. Peperangan antara pemimpin dengan rakyat sendiri???sudah hilang akal kah Gaddafi???nampak sangat rakyat Libya sendiri tidak mahu melihat pemimpin kejam itu memimpin apatah lagi membunuh rakyat sendiri. Gembira juga melihat rakyat Libya yang memberontak dibantu oleh tentera yang berpaling tadah melawan tentera yang setia pada Gaddafi dan banyak kawasan dah ditakhluk oleh pemberontak. Masa yang akan menentukan jatuhnya Rejim Gaddafi ditangan rakyatnya sendiri....kecik2 x mau mampuih, besaq2 menyusahkan rakyat....gaddafi oh gaddafi!!!

Wednesday, September 16, 2009

GAMBAR BORING-BORING

Testing wiring board....



Board wiring aku


Kasut baru....


Anda tgk tahun ble duit Malaya ni??

Monday, September 14, 2009

TEKA-TEKI BORING-BORING

1. Dalam byk2 moto, moto ape senang di angkat, dihayun???

jawapan : Motorola.


2. Sebuah kapal tersekat di kawasan berais, tiba2 seekor paus cuba menolak kapal tetapi tidak bergerak lgsg, tapi seekor bilis dengan senang menolak kapal hingga bergerak..Apa sedang berlaku??

jawapan : pembohongan sedang berlaku.


3. Kapal terbang jatuh dalam laut, keluar kot mana??

jawapan : kot tv/surat khabar.


4. Ada baper step utk masukkan seekor gajah dalam peti sejuk??

jawapan : 3 (1. buka pintu peti sejuk,2. masukkan gajah, 3. tutup balik pintu peti sejuk)



5. (berkait dgn teka-teki 4) Ada baper step utk masukkan seekor zirafah plak dalam peti sejuk?

jawapan : 4



6. seorang pemburu haram menembak seekor burung yg terbang berkumpulan tetapi die hairan melihat semua burung tersebut jatuh sekali.mengapa?

jawapan : burung yang lain menutup telinganya kerana bunyi kuat dentuman senapang.



7. selalu kt maner2 negara akan dtg hujan dulu baru terjadi bah.tapi di negara mana akan datang bah dulu pastu baru terjadi hujan??

jawapan : negara Bahrain



8. dalam byk2 itik, itik mana paling laju skali?

jawapan : itik naik jet.

Friday, September 11, 2009

PETIKAN DARI KATA-KATA SEORANG MOTIVATOR TERKENAL TANAHAIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam celoteh kali ini saya teringat kenapa kita susah sangat untuk
berjaya. Sebabnya ialah kerana kita tidak menggunakan masa kita dengan
berkesan.

Saya teringat satu peristiwa bagaimana seorang kawan telah
kehilangan wang sebanyak RM50 ringgit. Dia cuba ingatkan kembali dimana
dia berada sepanjang hari tersebut dan dia telah berusaha mencari
wangnya yang hilang itu. Dia telah mengambil masa hampir 7 jam berusaha
memikirkan semua pergerakannya dan pergi mencarinya. Akhirnya dia pulang
dengan hampa, murung, kecewa dan marah. Tetapi dia tidak sedar, kalau
dia letakkan fikiran dan usahanya melakukan sesuatu untuk mencari wang
baru dengan melakukan sesuatu pekerjaan atau perniagaan maka dia pasti
akan pulang dengan sesuatu hasil! Dia takkan pulang dengan tangan
kosong dengan masa 7 jam itu. Malah hasilnya mungkin lebih besar dari wang
RM50 ringgit yg dia hilang itu. Tetapi itulah kita, kita lebih
bazirkan masa kita kepada sesuatu yg kurang berkesan dalam hidup.

Kita lebih meratapi dan membuang banyak masa dengan sesuatu yg bukan lagi milik
kita tanpa kita berusaha untuk memperbaiki keadaan diri kita sendiri.
Ingat, walau apa pun ujian Allah untuk kita… life must go on!

Fikir-fikirkanlah.

BENARKAH MALAM LAILATUL QADAR BOLEH DILIHAT TANDANYA?


Antara tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam al-Qadar (Lailatul-Qadar) dan pada siangnya ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya; “Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan” (HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7728).

Namun para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)” (Lihat; Faidhul-Qadier, Imam al-Minawi, syarah hadis no. 7728).

Wallahu a'lam.