Assalamualaikum....
Thursday, June 9, 2011
Cinta Datang Dan Pergi~~~
Posted by Muhammad Fizrie Zainuddin at 8:31 AM 1 comments
Sunday, March 6, 2011
aku berkenan yang nih....
lappy dulu da rosak dan da jual......so nak beli lappy baru lah....memilih Asus sbb kualiti tinggi dan murah la bagi aku....bawah rm2k....core i3 plak ngan grafik ATI 6 series....terbaiklah!!
ni dia....
Asus A42JY-VX072
SPECIFICATIONS
- Intel® Core™ i3-380M Processor (3M Cache, 2.53 GHz)
- NO Operating System
- 14' 16:9 HD (1366x768) LED backlit
- 2GB DDR3 1066 MHz SDRAM, 2 x SODIMM socket for expansion up to 4GB SDRAM
- 500GB 5400rpm Hard Disk Drive
- AMD ATI Mobility™ Radeon® HD 6470, 1G DDR3 VRAM
- DVD Super Multi Double Layer
- 6 Cell 4400mAH /NV Optimus Technology
- SD ,MMC card reader
- 0.3 Mega Pixel web camera
- Built-in Bluetooth™ V2.1+EDR
- 10/100/1000 Base T
- WiFi
- 1 x Headphone-out jack
1 x VGA port/Mini D-sub 15-pin for external monitor
3 x USB 2.0 ports
1 x RJ45 LAN Jack for LAN insert
1 x HDMI
- 34.9 x 23.8 x 3.00~3.65 cm (W x D x H)
- 2.20 kg (with 6 cell battery)
- 2-year limited global hardware warranty
Posted by Muhammad Fizrie Zainuddin at 11:40 PM 0 comments
Thursday, March 3, 2011
Kebangkitan rakyat.....
Posted by Muhammad Fizrie Zainuddin at 5:17 AM 0 comments
Wednesday, September 16, 2009
Monday, September 14, 2009
TEKA-TEKI BORING-BORING
1. Dalam byk2 moto, moto ape senang di angkat, dihayun???
jawapan : Motorola.
2. Sebuah kapal tersekat di kawasan berais, tiba2 seekor paus cuba menolak kapal tetapi tidak bergerak lgsg, tapi seekor bilis dengan senang menolak kapal hingga bergerak..Apa sedang berlaku??
jawapan : pembohongan sedang berlaku.
3. Kapal terbang jatuh dalam laut, keluar kot mana??
jawapan : kot tv/surat khabar.
4. Ada baper step utk masukkan seekor gajah dalam peti sejuk??
jawapan : 3 (1. buka pintu peti sejuk,2. masukkan gajah, 3. tutup balik pintu peti sejuk)
5. (berkait dgn teka-teki 4) Ada baper step utk masukkan seekor zirafah plak dalam peti sejuk?
jawapan : 4
6. seorang pemburu haram menembak seekor burung yg terbang berkumpulan tetapi die hairan melihat semua burung tersebut jatuh sekali.mengapa?
jawapan : burung yang lain menutup telinganya kerana bunyi kuat dentuman senapang.
7. selalu kt maner2 negara akan dtg hujan dulu baru terjadi bah.tapi di negara mana akan datang bah dulu pastu baru terjadi hujan??
jawapan : negara Bahrain
8. dalam byk2 itik, itik mana paling laju skali?
jawapan : itik naik jet.
Posted by Muhammad Fizrie Zainuddin at 7:27 AM 2 comments
Friday, September 11, 2009
PETIKAN DARI KATA-KATA SEORANG MOTIVATOR TERKENAL TANAHAIR
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam celoteh kali ini saya teringat kenapa kita susah sangat untuk
berjaya. Sebabnya ialah kerana kita tidak menggunakan masa kita dengan
berkesan.
Saya teringat satu peristiwa bagaimana seorang kawan telah
kehilangan wang sebanyak RM50 ringgit. Dia cuba ingatkan kembali dimana
dia berada sepanjang hari tersebut dan dia telah berusaha mencari
wangnya yang hilang itu. Dia telah mengambil masa hampir 7 jam berusaha
memikirkan semua pergerakannya dan pergi mencarinya. Akhirnya dia pulang
dengan hampa, murung, kecewa dan marah. Tetapi dia tidak sedar, kalau
dia letakkan fikiran dan usahanya melakukan sesuatu untuk mencari wang
baru dengan melakukan sesuatu pekerjaan atau perniagaan maka dia pasti
akan pulang dengan sesuatu hasil! Dia takkan pulang dengan tangan
kosong dengan masa 7 jam itu. Malah hasilnya mungkin lebih besar dari wang
RM50 ringgit yg dia hilang itu. Tetapi itulah kita, kita lebih
bazirkan masa kita kepada sesuatu yg kurang berkesan dalam hidup.
Kita lebih meratapi dan membuang banyak masa dengan sesuatu yg bukan lagi milik
kita tanpa kita berusaha untuk memperbaiki keadaan diri kita sendiri.
Ingat, walau apa pun ujian Allah untuk kita… life must go on!
Fikir-fikirkanlah.
Posted by Muhammad Fizrie Zainuddin at 9:16 AM 0 comments
BENARKAH MALAM LAILATUL QADAR BOLEH DILIHAT TANDANYA?
Antara tanda-tanda zahir yang dapat dilihat pada malam al-Qadar (Lailatul-Qadar) dan pada siangnya ialah sebagaimana yang diceritakan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya; “Lailatul-Qadar; malamnya cuaca/udara menyenangkan iaitu tidak panas dan tidak dingin, pada paginya matahari terbit dengan cahaya yang lemah dan kemerahan” (HR Imam Thayalisi dan al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Hadis ini menurut as-Suyuti; hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7728).
Namun para ulamak menjelaskan; Tidak semestinya orang yang tidak nampak tanda-tanda (Lailatul-Qadar) ia tidak mendapat malam tersebut. Barangkali seorang yang bangun pada malam Lailatul-Qadar itu ia tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya. Dia lebih baik dan lebih mulia di sisi Allah dari orang yang melihat tanda-tandanya sahaja (tetapi tidak beribadah pada malam itu)” (Lihat; Faidhul-Qadier, Imam al-Minawi, syarah hadis no. 7728).
Wallahu a'lam.
Posted by Muhammad Fizrie Zainuddin at 8:35 AM 0 comments