THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 3, 2011

Kebangkitan rakyat.....








Assalamualaikum....

Terlebih dahulu mari kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana negara kita masih aman dan makmur...Negara kita bebas dari pemberontakan yg boleh mengancam negara, mengugat kewangan, memporak perandakan rakyat. Akan tetapi kebangkitan rakyat di beberapa negara seperti Tunisia, Mesir, Yemen, Libya banyak memberi impak dalam menjatuhkan pemimpin yang gila kuasa, kuku besi dan menjaga kepentingan sendiri tanpa memikirkan soal rakyat yang selama ini menyokong mereka. Nampaknya rakyat dinegara yg terlibat dah bosan dengan tampuk pemerintahan yang terlalu lama diterajui pemimpin tersebut ditambah pula dengan corak kepimpinan yg buruk dan keji. Sekiranya rakyat suka dengan pemerintahan seseorang pemimpin, tidak kisah lah satu dekad ke atau satu abad sekalipun, rakyat mmg masih boleh menerima..Rakyat juga melihat dan menilai semua tindakan yang dilakukan oleh pemimpin sama ada ia baik atau buruk. Mari kita lihat negara Mesir, rakyat negara tersebut menerima semangat kebangkitan dari kebangkitan rakyat Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintahan pemimpin negara mereka, Zine al-Abidine Ben Ali.Jadi rakyat negara Mesir merasakan sudah sampai masa mereka menggulingkan pemimpin mereka yang bersifat kuku besi dan keji. Keji disini saya mengambil dari peristiwa Mesir menutup sempadan laluan darat Mesir-Gaza bagi menghalang misi kemanusiaan sampai ke Gaza dan tindakan ini dianggap bersekongkol dengan israel laknatullah. Dan akhirnya pemimpin Mesir, Hosni Mubarak berjaya digulingkan apabila dia meletak jawatan akibat desakan bertubi tubi rakyat mesir. Bayangkan rakyat Mesir berhimpun di suatu tempat di mesir, boleh memuatkan 3 JUTA orang walaupun tempat tersebut tidak dapat menampung orang sejumlah itu. Bertapa rakyat Mesir mahu Hosni dijatuhkan. Krisis terbaru di Libya pula dengan kekejaman Muammar Gaddafi dan konco2 jahat beliau membunuh rakyatnya sendiri!! untuk kononnya mempertahankan Libya. Peperangan antara pemimpin dengan rakyat sendiri???sudah hilang akal kah Gaddafi???nampak sangat rakyat Libya sendiri tidak mahu melihat pemimpin kejam itu memimpin apatah lagi membunuh rakyat sendiri. Gembira juga melihat rakyat Libya yang memberontak dibantu oleh tentera yang berpaling tadah melawan tentera yang setia pada Gaddafi dan banyak kawasan dah ditakhluk oleh pemberontak. Masa yang akan menentukan jatuhnya Rejim Gaddafi ditangan rakyatnya sendiri....kecik2 x mau mampuih, besaq2 menyusahkan rakyat....gaddafi oh gaddafi!!!

0 comments: