THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, September 3, 2009

KETIBAAN KAPAL SELAM PERTAMA MALAYSIA KD TUNKU ABDUL RAHMAN








Malaysia sekali lagi mencipta sejarah dalam industri pertahanan negara dengan pembelian 2 buah kapal selam Scorpene dengan setiap satunya bernilai lebih RM 3 bilion. KD Tunku Abdul Rahman tiba di pangkalan tentera laut Pulau Indah pada pagi 3 September 09. Pembelian kapal selam ini dapat meningkatkan kualiti pertahanan negara dan setanding dengan kuasa-kuasa besar dalam teknologi pertahanan negara.

Malaysia sebelum ini membeli beberapa jet Sukhoi-MKM buatan Rusia dan penambahan aset bernilai ini dapat menjadikan Malaysia gerun dimata mana-mana negara yg beragenda tidak baik terhadap Malaysia. Sebuah lagi kapal selam KD Tun Abdul Razak dijangka tiba di Malaysia pada mac 2010.

Saya sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian industri pertahanan negara dimana 3 cabang pertahanan negara iaitu tentera darat, tentera laut dan tentera udara menyediakan element pertahanan yang baik pada negara dengan penggunaan teknologi ketenteraan terkini dan termaju disamping menyediakan peluang pekerjaan yg sememangnya menjadi profesion pilihan kepada sesiapa yg meminatinya.

Saya sebenarnya meminati tentera dari dulu lagi dan tentera adalah profesion pilihan saya. Perancangan saya akan datang mungkin saya akan memohon pegawai graduan ikhtisas kalau tidak ada aral melintang.InsyaAllah

1 comments:

Quatro said...

bleh la kte menyelam t blup blup blup