THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 1, 2009

MERDEKA!!!


Merdeka!Merdeka!Merdeka!.......

Itulah perkataan keramat yang dilaungkan oleh pemimpin kita terdahulu setelah segala pengorbanan dan penat lelah rakyat Tanah Melayu terdahulu disimpulkan melalui kemerdekaan yang muktamad.

Mereka menentang penjajah habis-habisan, berkorban harta dan nyawa, meninggalkan keluarga demi mempertahankan Tanah Melayu tercinta.

Tetapi sekarang kemerdekaan diterjemahkan dalam satu situasi atau suasana yang tidak seindah dan sesemangat seperti zaman dahulu. Mungkin kerana sekarang negara sudah mencapai kemerdekaan dan kehidupan lebih senang berbanding dahulu tanpa disedari kehidupan sekarang bermula dari kehidupan dahulu.

Apa pun sambutan kemerdekaan sekarang bukan sahaja disambut dengan dentuman bunga api, laungan merdeka, tetapi juga dengan aktiviti kemaksiatan yang membawa kepada terjadinya "zigot merdeka" atau anda sendiri boleh menilainya dan berakhir dengan tragedi pembuangan jasad yg tidak berdosa.Bukan mengata sesiapa tapi itulah fakta dan kenyataannya.

Tahun ini 31 Ogos berada dalam bulan Ramadhan dan mungkin ada logiknya sambutan dibuat dalam keadaan sederhana tetapi semangat kemerdekaan dalam diri setiap rakyat Malaysia masih lagi membara hendaknya.

1 comments:

fiza_sweet said...

terbaek fizz...!! 2 thumbs up..!! :)