THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 11, 2009

PETIKAN DARI KATA-KATA SEORANG MOTIVATOR TERKENAL TANAHAIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam celoteh kali ini saya teringat kenapa kita susah sangat untuk
berjaya. Sebabnya ialah kerana kita tidak menggunakan masa kita dengan
berkesan.

Saya teringat satu peristiwa bagaimana seorang kawan telah
kehilangan wang sebanyak RM50 ringgit. Dia cuba ingatkan kembali dimana
dia berada sepanjang hari tersebut dan dia telah berusaha mencari
wangnya yang hilang itu. Dia telah mengambil masa hampir 7 jam berusaha
memikirkan semua pergerakannya dan pergi mencarinya. Akhirnya dia pulang
dengan hampa, murung, kecewa dan marah. Tetapi dia tidak sedar, kalau
dia letakkan fikiran dan usahanya melakukan sesuatu untuk mencari wang
baru dengan melakukan sesuatu pekerjaan atau perniagaan maka dia pasti
akan pulang dengan sesuatu hasil! Dia takkan pulang dengan tangan
kosong dengan masa 7 jam itu. Malah hasilnya mungkin lebih besar dari wang
RM50 ringgit yg dia hilang itu. Tetapi itulah kita, kita lebih
bazirkan masa kita kepada sesuatu yg kurang berkesan dalam hidup.

Kita lebih meratapi dan membuang banyak masa dengan sesuatu yg bukan lagi milik
kita tanpa kita berusaha untuk memperbaiki keadaan diri kita sendiri.
Ingat, walau apa pun ujian Allah untuk kita… life must go on!

Fikir-fikirkanlah.

0 comments: